Tuesday, December 27, 2011

MeNjAdI IbU, PeRjALaNaN yAnG sAnGaT iNdAH...

IBU...IBU...ENGKAULAH RATU HATIKU,
BILA KU BERDUKA,
ENGKAU HIBURKAN SELALU,


MAMA...MAMA...ENGKAULAH RATU HATIKU...

~Apabila seseorang itu bergelar IBU, kesemua tingkah laku, cara pemikiran dan percakapannya menjadi perhatian. Bukan perhatian orang lain tetapi anak sendiri~

(MELIHAT PERKEMBANGAN ANAK SENDIRI DARIPADA MENIARAP, MERANGKAK, BERTATIH DAN BERJALAN MEMBERI KEGEMBIRAAN YANG TIDAK TERNILAI KEPADA DIRIKU...
FARAH AINI MOHAMED
MENYINGKAP KEHIDUPAN MAMA KEPADA DUA ORANG ANAK INI).

Tidak lengkap rasanya pengalaman seorang IBU jika tidak berkongsi kisah kehamilan dan melahirkan yang dilalui. Sebagai seorang wanita yang sudah berumah tangga, apabila disahkan hamil, sudah tentu ianya memberi kegembiraan yang yang tidak terhingga apatah lagi di awal perkahwinan iaitu sebulan selepas diijab kabul.
Bagiku, berkahwin tahun 2005, namun pada tahun 2007 baru aku disahkan mengandung...gembira yang teramat sangat, orang yang pertama aku peluk ialah suamiku, sama2 menangis setelah mendengar berita gembira ini...happy tak terkata.

Puteriku lahir pada 8/2/2008...takutnya menunggu detik menyambut baby ku, yang paling xcited ialah suamiku...biasalah, anak pertama so tak ada pengalaman pun...aku duduk dalam bilik bersalin dari pukul 1.00am...uhhhh susahnya, bunyi azan jam 6.15am...keluarlah 'baby girl'...yang comeiii sangat, diberi nama
NUR FASHA ADRINA


Puteraku lahir pada 22/7/2010, time ni memang tak sabar sangat nak tunggu nak beranak...hehehe, coz dah tau akan keluar ialah 'boy', so aku macam biasa aja, sakit pun aku dah tahu macam mana...dah rasa dah ada experiance...sambil2 makan nasi kandar bersama suami & fasha, dalam kul 1.00am juga aku pergi hospital dengan suami...terus masuk bilik bersalin, dalam pukul 9.30am keluar lah 'baby boy' ku yang handsome sangat, diberi nama
MUHAMMAD ALIFF HAKIMI

Hari ini detik ini aku sedang mengandung lagi...haha, rezeki ALLAH, aku tak kisah anak apa pun...aku bersyukur kerana kedua2 anak ku & suami sangat2 memahami diriku, ya lah pengalaman mengandung kedua2 anak aku tidak mempunyai alah pun, namun anak yang dikandung ni sememangnya jadi alah teruk, jadi letih, penat, rasa nak tidur ja, makan banyak, cepat marah kot..hehe...pembawa anak lerrr, tak apa..yang penting sabar...amin
boy
girl

TQ ALLAH...

No comments:

Post a Comment